Tawaran Kursus Pengucapan Awam Kepada
Badan Kerajaan & Sektor Swasta!

 

Berita Terkini
Kami akan mengendalikan Kursus Pengucapan Awam untuk orang ramai pada 11 Ogos 2014
Sila Muat Turun Risalah Kursus Pengucapan Awam 

Untuk Mendaftar Diri Sila Hubungi
Aishah 012-8919855
aishah@tripleAtraining.com

 

   Kami telah membantu beratus-ratus badan kerajaan dan sektor korporat untuk meningkatkan kemahiran pengucapan awam untuk pekerja dan kakitangan mereka.

Kursus Pengucapan Awam adalah kursus intensif selama 2 hari yang dirumus khas untuk membimbing warga kerja sektor korporat dan kerajaan mendalami kaedah dan teknik menyampaikan ucapan yang berkesan dan menepati matlamat.

Kursus ini boleh diubahsuai untuk pelajar dan penuntut sekolah-sekolah menengah, Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS).

Matlamat Kursus

Kursus ini bertujuan untuk membantu peserta mengatasi darah gemuruh serta mempelajari kaedah dan teknik kemahiran pengucapan awam yang asas. Peserta juga diberi nasihat dan panduan untuk terus meningkatkan dan memantapkan kemahiran sedia ada.

Kursus ini amat sesuai sebagai langkah permulaan untuk sesiapa yang ingin berkomunikasi secara berkesan dan berhasrat untuk menyampaikan pengucapan awam yang cemerlang.

Setelah mengikuti kursus ini, peserta mampu menyampaikan segala bentuk ucapan yang memberangsangkan dengan penuh keyakinan.

Kursus Di Kendalikan Oleh Jurulatih Kami

Kursus ini dikendalikan oleh Jurulatih Kursus Pengucapan Awam kami - Encik Azmi Shahrin. Baca profil beliau di sini.

Profil Jurulatih Kursus Pengucapan Awam Encik Azmi Shahrin boleh juga di Muat Turun PDF.

Galeri gambar kursus-kursus yang telah dikendalikan oleh Encik Azmi Shahrin boleh dilihat di sini.

 

Sila lihat video di atas iaitu antara contoh-contoh bagaimana kursus ini biasanya dikendalikan oleh Encik Azmi Shahrin untuk organisasi atau syarikat anda. Kami boleh mengubahsuai sukatan kursus ini untuk memenuhi keperluan khusus organisasi atau syarikat anda.

Pendekatan Kursus

Kursus ini mengguna pakai kaedah-kaedah pembelajaran dewasa termasuk rancangan pembelajaran aktif demi meningkatkan kefahaman dan penerapan. Kursus ini memperuntukkan 80% masa untuk kegiatan berseorangan atau berkumpulan bagi membolehkan para peserta mempelajari, membina dan menerapkan kemahiran Pengucapan Awam.

Buku kerja akan digunakan untuk memudah pemahaman. Buku kerja ini juga mengandungi latihan-latihan tambahan untuk digunakan oleh peserta setelah tamat kursus. Bilangan peserta dihadkan kepada 15 orang untuk memastikan setiap peserta mendapat perhatian peribadi.

Sukatan Kursus


Modul 1
Pengenalan kepada Ilmu Pengucapan Awam - perihal pentingnya kemahiran Pengucapan Awam, imbasan ucapan-ucapan yang cemerlang

Modul 2
Penilaian Diri - di mana saya berada sekarang dan ke mana saya ingin tuju?

Modul 3
Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan - tugasan ucapan pertama

Modul 4
Penyusunan Pengucapan Awam - pembukaan, isi kandungan & penutup, logik & urutan

Modul 5
Bahasa Tubuh - gerakan tangan, gaya berdiri, mimik muka, tatapan mata

Modul 6
Kepelbagaian Suara - kederasan & kelantangan suara, kaedah berdiam seketika

Modul 7
Perbendaharaan Kata Pinjaman - mengurangkan penggunaan perkataan-perkataan yang dicedok daripada Bahasa Inggeris, sebutan yang betul untuk perkataan pinjaman yang boleh diterima

Modul 8
Langkah-langkah Selanjutnya - penilaian diri sekali lagi, perbandingan dengan keputusan terdahulu, apa yang perlu dilakukan sekarang untuk terus maju


Kami boleh mengubahsuai sukatan kursus di atas untuk memenuhi keperluan khusus organisasi/syarikat anda. Sila hubungi kami untuk berunding.

Jadual Kursus

Masa Hari Pertama Hari Kedua
9.00-10.45 pagi

 

Pengenalan kepada Ilmu Pengucapan Awam (M1)
Penilaian Diri (M2)

 

Kepelbagaian Suara (M6)
Latihan Berseorangan

10.45-11.00 pagi Minum Pagi
11.00 pagi-12.45 ptg

 

Mengatasi Darah Gemuruh &
Menghindari Penongkat Ucapan (M3)
Latihan Berseorangan

 

Perbendaharaan Kata Pinjaman (M7)
Latihan Berseorangan

12.45-1.45 ptg Makan Tengahari
1.45-3.15 ptg

 

Penyusunan Pengucapan Awam (M4)
Latihan Berseorangan

 

Kegiatan Berkumpulan - menerapkan semua kemahiran

3.15-3.30 ptg Minum Petang
3.30-5.00 ptg Bahasa Tubuh (M5)
Latihan Berseorangan

Kegiatan Berkumpulan - menerapkan semua kemahiran Langkah-langkah Selanjutnya (M8)

 

Kami boleh mengubahsuai jadual kursus di atas untuk memenuhi keperluan khusus organisasi/syarikat anda. Sila hubungi kami untuk berunding.

Kumpulan Sasaran

Kursus Pengucapan Awam ini boleh dikendalikan untuk orang dewasa, termasuk staf sokongan, pegawai dan pengurus, pelajar-pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, malah untuk mereka yang lebih muda (dengan penyesuaian).

Kami berpendirian bahawa setiap insan memerlukan kemahiran Pengucapan Awam dan wajar memperoleh kemahiran ini seawal mungkin.

Organisasi Sasaran

Kursus Pengucapan Awam ini boleh dikendalikan untuk badan-badan kerajaan dan separa kerajaan (GLC), syarikat-syarikat, organisasi-organisasi, universiti-universiti, kolej-kolej, sekolah-sekolah dan lain-lain. Berikut adalah senarai organisasi di mana kursus ini pernah dianjurkan.

Atas hanya adalah beberapa contoh antara beberapa badan-bada kerajaan dan organisasi swasta yang telah mengadakan kursus pengucapan awam dengan Encik Azmi Shahrin. Untuk senarai penuh, sila lihat profil jurulatih di sini.

 

Mengenai Jurulatih

Mengenai Jurulatih Kursus Pengucapan Awam

Jurulatih Encik Azmi Shahrin adalah ahli Toastmasters International yang cemerlang dan aktif, organisasi terulung dunia dalam bidang pengucapan awam dan pembangunan diri. Dalam tempoh 8 tahun sebagai jurulatih sepenuh masa, Azmi telah melatih lebih daripada 8,500 orang dewasa dan pelajar untuk membangunkan kemahiran pengucapan awam, komunikasi dan kepimpinan. Selain menjalankan latihan untuk Toastmasters dan program-program untuk orang ramai, beliau telah dilatih untuk Petronas, Tourism Malaysia, BERNAMA, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan, Universiti Malaya ... selanjutnya.

 

Mengenai Triple A Training

Triple A Training (001947244-A) adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (Kategori C). Kursus ini boleh dituntut dari HRDF di bawah HRDF Skim SBL. Sila rujuk kepada bahagian pengurusan sumber manusia anda untuk kepastian.Sila hubungi kami untuk maklumat lebih mengenai ini. Sila juga ke laman Triple A Training untuk maklumat lanjut mengenai kursus-kursus lain yang ditawarkan.

Hubungi Kami

Sila hubungi kami di enquiries@tripleAtraining.com.my atau 012-8919855 (Cik Aishah) untuk mendapatkan sebutharga.

Sila nyatakan tarikh yang sesuai, lokasi kursus dan bilangan peserta yang akan menyertai kursus nanti. Jurulatih Encik Azmi Shahrin juga boleh datang ke pejabat organisasi/syarikat anda untuk memberikan taklimat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan bagi kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Pastikan anda melakukan tempahan masa yang awal kerana jadual jurulatih kami selalunya sudah penuh untuk sekurang-kurangnya 1 ke 2 bulan lamanya. Bagaimanapun, pastikan anda menghubungi kami dengan tarikh yang diingini untuk melihat kesesuaian tarikh tersebut.

Kami juga boleh mengubahsuai sukatan/jadual kursus ini untuk memenuhi keperluan khusus organisasi anda. Sila hubungi kami untuk berunding.

Perlu diingatkan semula, buat masa ini kami TIDAK menawarkan program awam untuk orang perseorangan & orang ramai. Kursus hanya ditawarkan kepada organisasi awam/kerajaan/sekolah/universiti dan swasta sahaja.

Sila muat turun halaman ini dalam format PDF.

Kursus Berkaitan
Business Presentations Skills
Kursus Bahasa Inggeris

Domestic Inquiry Training